Saturday 9 February 2013


PJM 3109 PERMAINAN BOLA JARING AND BOLA SEPAK

1.    Menguasai serta dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam situasi permainan.

2.    Merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial dan budaya individu dan kumpulan;

3.    Mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan menaksir pengetahuan dan kemahiran;

4.    Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti secara individu dan berpasukan dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai;

5.    Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan.

6.    Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan contoh yang baik.


Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4


Objektif Kerja Kursus Pendek

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut;

  1. Pembinaan folio permainan bola sepak dan bola jaring secara individu.
     
2.  Membuat penulisan RPH bagi satu sesi pengajaran Permainan Bola Sepak 
     dan Bola Jaring 30 minit dan melaksanakan pengajaran mikro  

Tajuk Kerja Kursus Pendek (50 %)

            Bola jaring merupakan sukan berpasukan yang tidak bersentuhan (non-contact team sport) yang memerlukan pergerakan fizikal yang agak banyak di samping kemahiran berfikir dan mengatur strategi untuk menewaskan pihak lawan.

Manakala Bola sepak pula dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan.


Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus:

Tugasan 1

1.    Tugasan ini adalah tugasan individu.

2.    Membina folio permainan bola sepak dan bola jaring.

3.    Anda dikehendaki mencari bahan-bahan dalam internet dan sumber-sumber rujukan lain serta digarisi isi-isi yang penting sebagai bukti pembacaan,

4.   Kandungan folio haruslah merangkumi tajuk-tajuk berikut:
I  )  Pengenalan permainan
II )  Sejarah permainan di antarabangsa dan Malaysia
III) Spesifikasi alatan dan padang setiap permainan
IV)  Kemahiran dalam permainan dan butiran mengajar setiap kemahiran
 V)  Peraturan-peraturan permainan
 V)  Kaedah mengajar melalui TGfU
         VI)  Rujukan

5.   Setiap tajuk dengan tajuk lain haruslah tersusun dan diasingkan serta ada   
      pembahagian tajuk.

6.   Amalan plagiat tidak dibenarkan.

Tugasan  2

1.    Menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Permainan Bola Sepak dan Bola Jaring yang lengkap. Masa yang ditetapkan 30 minit.

2.    Tugasan ini adalah tugasan berpasangan

           3.   Seterusnya pengajaran mikro berdasarkan RPH yang disediakan.


4.   Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
      I)  Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
                II)  Fon Arial
     III) Saiz huruf
              IV)  Langkau 1.5 baris
               V)  Rujukan mengikut format APA

5.    Amalan plagiat tidak dibenarkan.

6.    Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh 5 minggu.

7.    Tugasan ini membawa markah 50% dan wajaran 30%.


Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

  1. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian.
  2. Format dan isi perlu jelas dan koheren.
  3. Penulisan ulasan harus menunjukkan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.


Kriteria Pemarkahan
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. 

No comments:

Post a Comment