Thursday 7 November 2013

PJ 3311 SUKAN DAN REKREASI

       ‘Rekreasi’ berasal dari bahasa Latin iaitu, ‘re-creare’ yang bermaksud membuat ulang, kegiatan yang dilakukan untuk penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang. Secara umumnya, rekreasi adalah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang selain pekerjaan.   
      Aktiviti rekreasi biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusun atur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti. Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan. Berikut merupakan beberapa pendapat tokoh tentang rekreasi :-

Ford (1981)
Rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap.

Hammerman Etal (1985)
Sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 

Mohd Salleh Aman (2004)
Rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif).

Kepentingan Sukan dan Rekreasi

Secara psikologi banyak orang di lapangan yang merasa tidak selesa dengan adanya beberapa kesibukan dan masalah, sehingga mereka mengkorbankan masa dari bekerja, tidur dengan nyaman, bersantai sehabis latihan, keseimbangan antara pengeluaran dan pendapatan, mempunyai teman bekerja yang baik, hidup bebas, dan merasa aman dari risiko buruk. Rekreasi dapat disimpulkan sebagai suatu kegiatan yang dilakukan sebagai pengisi waktu luang untuk satu atau beberapa tujuan. Antaranya untuk kesenangan, kepuasan, penyegaran sikap dan mental yang dapat memulihkan kekuatan baik fizikal maupun mental.

            Banyak nilai yang dapat diperoleh dari rekreasi dengan menggunakan dasar persekutuan. Ketegangan dapat dilepaskan dan masa yang ada dapat digunakan dengan cara-cara yang berguna. Seseorang individu dapat diajari bagaimana individu dapat dibangun dan ditingkatkan melalui rekreasi. Salah satu manfaat penting dari rekreasi adalah dalam pembentukan personaliti diri seseorang. Melalui suatu program rekreasi yang telah disusun dan dijalankan dengan baik, seseorang individu dapat belajar untuk menikmati penggunaan waktu sebaik-baiknya serta nilai-nilai seperti disiplin diri, keyakinan diri, kerjasama, dan tolong-menolong.


Jenis-jenis khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: 

Ridge Tent
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon(nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.

Dome Tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.
  
Frame Tent
Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas.

  Bell Tent
Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis ‘dome’.


Jenis sukan dan rekreasi  

Kajian empirikal
        Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji  dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Kajian empirikal dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu ramah. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat diperolehi. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan satu turutan aktiviti yang harus diikuti untuk memudahkan kajian yang dilakukan. 
        Kajian empirikal terhadap flora dan fauna penting dan perlu dijalankan dalam aktiviti rekreasi. Maklumbalas ini perlu untuk mengetahui tentang penemuan-penemuan baru, fungsi-fungsi serta habitat flora dan fauna di sesuatu tempat. Jika kajian terhadap alam semulajadi diteruskan, bermakna alam semulajadi akan dapat dikekalkan dan generasi akan datang dapat merasai peluang melihat dan mengenali alam semulajadi  dengan lebih dekat. Kajian empirikal juga dapat menarik minat seseorang untuk lebih meminati aktiviti rekreasi dan mendekatkan diri dengan alam semulajadi.

 Kemahiran tali

Kemahiran tali amat penting semasa melakukan aktiviti rekreasi. Kemahiran ini banyak menyumbang untuk melakukan aktiviti seperti membina khemah, abseiling, dan flying fox. Terdapat beberapa  jenis kemahiran tali yang penting dan perlu diketahui oleh seseorang individu yang menyertai aktiviti rekreasi.

Pendidikan Konservasi
Pendidikan konservasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha untuk menimbulkan kesedaran atau kepekaan terhadap kepentingan atau keperluan terhadap sesuatu perkara. Manakala sukan rekreasi pula boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan badan serta mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Maka kepentingan pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha ataupun cara untuk mendidik seseorang individu dalam sesuatu perkara apabila mereka mengikuti aktiviti rekreasi ini. Menurut Rijksen (1981), konservasi merupakan suatu bentuk evolusi kebudayaan. Pada masa duhulu, usaha konservasi lebih buruk dan sangat lemah daripada sekarang. Konservasi dapat dilihat dari segi ekonomi dan ekologi. Konservasi dari segi ekonomi bererti cuba memperuntukkan sumber daya alam untuk sekarang. Manakala dari segi ekologi, konservasi merupakan peruntukan sumber daya alam untuk sekarang dan masa yang akan datang.  
Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi perlu didedahkan kepada semua orang sejak di bangku sekolah lagi supaya kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka terhadap kepentingan alam sekitar kita. Hal ini kerana isu alam sekitar sememangnya menjadi suatu isu yang serius dan memerlukan pemerhatian segera. Oleh itu apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar diberikan kepada anak murid melalui sukan rekreasi, kita dapat memupuk amalan memelihara dan memulihara alam sekitar daripada ancaman pencemaran.
Pendidikan koservasi ini juga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan alam sekitar kita dan ramah dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah serta mencemarkan sungai. Mereka juga akan mula untuk mencintai flora dan fauna serta sungai yang berada di kawasan aktiviti sukan rekreasi. Ini akan membantu untuk memelihara alam sekitar kita yang kian hari semakin mengalami ancaman yang serius.
Selain itu, pendidikan konservasi dalam sukan rekrasi juga menjadi alat utama untuk menanamkan semangat untuk menjaga alam sekitar dan sekaligus menukar sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada sebaliknya. Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi sememangnya sesuatu yang harus ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikap generasi yang akan datang supaya mereka juga turut memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar kita. Dengan berbuat demikian dapatlah kita mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar dan mula untuk menanam semula pokok-pokok baru supaya kawasan sekeliling kita dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau.

Jenis-jenis aktiviti rekreasi 

Aktiviti rekreasi dilingkari beberapa jenis aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat memupuk keyakinan diri dalam diri seseorang yang mengikutinya. Berikut adalah contoh beberapa jenis aktiviti yang dapat dijalankan semasa aktiviti rekreasi.

Jungle trekking

Aktiviti jungle trekking adalah satu aktiviti lasak yang lazimnya dijalankan dalam program rekreasi. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti ini, akitiviti keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan tidak kira kepada peserta, guru pengiring, fasilatator mahupun jurulatih itu sendiri. Pengurusan risiko  terhadap aktiviti ini boleh diuruskan dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan HIRARC. HIRARC adalah singkatan kepada Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control. HIRARC merupakan satu kaedah dimana setiap hazard dikenal pasti pada sekitar kawasan jungle trekking, laluan denai, peralatan, manusia dan lain-lain. Setiap hazard yang dikenalpasti akan dinilai sejauh mana risiko ke atas keselamatan para peserta dan setiap risiko akan dikawal mengikut hieraki kawalan.

Orienteering

Orienteering merupakan salah satu cabang pengetahuan yang berkenaan dengan teknik-teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan  yang telah ditandakan di atas peta dan ditentukan di permukaan bumi mengikut susunan tertentu.


Abseiling

Abseiling merupakan satu aktiviti menuruni satu kawasan tinggi ke kawasan yang rendah dengan menggunakan tali. Individu yang terlibat akan mengawal sendiri pergerakannya. Namun begitu, sebagai langkah keselamatan, jurulatih ataupun fasilitator akan bertanggungjawab membantu individu itu pada masa-masa kecemasan bagi mengelakkan kemalangan. Bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lebih lancar, peralatan yang sesuai dan ada jaminan kualiti sahaja yang boleh digunakan.


Berkayak

Berkayak adalah sejenis sukan air. Berbeza dari sukan kanu, berkayak selalunya di lakukan di air yang tenang dan kurang berisiko. Aktiviti berkayak boleh dilakukan secara bersendirian ataupun dengan pemerhatian jurulatih.

Anatomi Kayak
Semua jenis kayak mempunyai nama bahagian yang sama, hanya bentuk, ukuran dan bahan pembuatannya sahaja yang berbeza mengikut syarikat pengeluar dan teknologi semasa. Berikut adalah anatomi kayak :-

Haluan & Buritan (Bow & Stern)
Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung kayak yang berfungsi sebagai arah tujuan dan juga sebagai alat memecah ombak. Stern atau Buritan pula ialah bahagian belakang kayak. Kedudukan. Tip untuk mengenali diantara Bow dengan Stern ialah melihat arah tempat duduk pendayung.

Gunwale Line / Painter Line
Gunwale Line / Painter Line ialah bahagian tepi atau sisi kayak yang berfungsi sebagai penyeimbang bagi pendayung, apakah perahu yang dinaikkan itu sesuai dengan berat badannya atau tidak. Sisi kanan disebut  "starboard" dan sisi kiri disebut "portside".

Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung kepada jenis kayak.

Deck (Geladak)
Deck ialah bahagian atas hadapan kayak untuk melindungi kaki untuk memudahkan melakukan teknik Eskimo Roll. Deck bahagian depan ini dikenali sebagai "foredeck"dan dibelakangnya pula dikenali sebagai "afterdeck".


Cockpit (Ruang Tempat Duduk)
Cockpit ialah ruangan yang dibentuk untuk pendayung kayak. Kedudukan Cockpit ini berbeza mengikut rekaan bentuk dan penggunaan kayak tersebut.

Seat (Tempat Duduk)
Tempat duduk terletak didalam Cockpit, dan tempat duduk terbahagi dalam beberapa jenis iaitu Standard (bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana (biasa untuk kayak rekreasi), tempat duduk ketat (digunakan untuk di arus deras.)

Toggle
Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat kayak, letaknya di hujung depan (Bow) dan belakang (Stern).

Coaming
Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengelilingi cockpit, ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray cover.

Knee Brace
Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan sanggahan ke kaki supaya kaki pendayung lebih kuat terhadap perahu.

Towline / Deckline
Towline / Deckline ialah tali yang diikatkan di hujung kayak (bow) dan buritan kayak (stern). Ia berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu.

Keel
Terletak dibawah geladak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.

Buoyancy
Buoyancy adalah bahan apungan yang terletak di bawah deck bagian depan (bow) dan deck bagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak terbalik dan tidak mudah tenggelam.

Footrest
Footrest terletak di bahagian foredeck berfungsi sebagai tempat meletak kaki, bentuknya terdiri dari bar (dipasang pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir sama dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan), bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di bagian haluan (bow).
Deck Eye / Eye Cleat
Eck Eye / Eye Cleat ialah lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak di atas geladak.

Eye Pit
Eye Pit ialah lubang yang terletak di ujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada jenis kayak-kayak tertentu.

Hatch
Hatch ialah lubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan belakang dek, yang berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis ekspedisi.

Back Strap
Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bahagian tempat duduk belakang, berfungsi untuk memberikan keselesaan pendayung untuk menyandar ke belakang sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bahagian belakang pendayung.

Rafting
Rafting adalah sejenis aktiviti yang seiras dengan aktiviti berkayak tetapi lebih mencabar. Aktiviti rafting dilakukan dalam kumpulan. Aktiviti ini tidak dilakukan semasa air dalam keadaan tenang. ‘Water Rafting’ adalah satu sukan yang amat mencabar fizikal dan mental. Aktiviti ini amat memerlukan kekuatan daya tahan yang maksimum. Sekiranya tidak, ia akan mendatangkan risiko kepada semua ahli kumpulan. Aktiviti ini digalakkan untuk dilakukan dengan pemerhatian jurulatih.

Snorkeling
Pengertian dasar snorkeling adalah suatu teknik menikmati pesona keindahan dasar laut dengan menggunakan peralatan dasar selam berupa snorkle, fin (kaki katak) dan mask (kacamata renang). Snorkeling adalah kegiatan berenang atau menyelam dengan menggunakan peralatan berupa masker selam dan snorkel. Selain itu, penyelam sering mengenakan alat bantu gerak berupa kaki katak (sirip selam) untuk menambah daya dorong pada kaki. ‘Snorkel’ adalah peralatan selam berupa selang berbentuk huruf ‘J dengan pelindung mulut di bahgian hujung sebelah bawah. Alat ini berfungsi sebagai jalan masuk udara ketika bernafas dengan mulut tanpa harus mengangkat muka dari permukaan air. Pemandangan bawah air biasanya dapat  dilihat sambil berenang dengan wajah menghadap ke permukaan air dan bernafas melalui snorkel. Selain menguasai cara bernafas dengan mulut melalui snorkel, kegiatan snorkeling tidak memerlukan kemahiran yang khusus. 

Flying fox
Aktiviti Flying Fox juga dikenali sebagai Kubung Terbang. Aktiviti ini juga adalah salah satu aktiviti yang amat menyeronokan serta mampu menguji ketahanan mental peserta.
Flying fox merupakan salah satu aktiviti yang dapat mewujudkan keyakinan diri dalam diri seseorang individu. Aktiviti ini kebiasaanya dilakukan secara individu. Peserta akan dibawa naik ke atas pelantar yang tinggi untuk melakukan aktiviti ini, Dengan menggunakan peralatan khusus yang disediakan, peserta akan menggelongsor turun ke bawah mengikut kecuraman tali. Peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti ini adalah peralatan yang digunakan untuk aktiviti abseiling seperti :-
Tali statik
Carabinar
Helmet
Full Harnest
Figure of Height

No comments:

Post a Comment