Friday 8 June 2018

ASAS PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN   

Setelah  selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan fungsi, tugas dan tanggungjawab serta ciri-ciri pengurus pasukan dan jurulatih yang baik.

2. Menyatakan cara format menyediakan kertas kerja yang sesuai untuk program pengelolaan suatu pertandingan di sekolah anda sebagai asas pengurusan kejohanan.

3. Menjelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejohanan.

4. Menghuraikan tujuan mesyuarat post mortem diadakan.

5. Membandingbezakan antara sistem kalah mati, sistem liga dan sistem cabar mencabar dalam pengelolaan kejohanan.


Sinopsis
  
Tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan mengenai ciri-ciri serta peranan pengurus atau pegawai sukan. Unit ini merangkumi panduan pembinaan kertas kerja pengelolaan pertandingan, panduan dan pelaksanaan pertandingan. Dalam Gerak Kerja Kokurikulum, pengurusan pasukan dan pengelolaan pertandingan merupakan aspek yang penting serta mesti difahami dan dihayati oleh setiap guru. Oleh yang demikian, guru-guru yang terlibat harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam aspek ini supaya mereka dapat mengurus pasukan mereka dengan baik serta dapat mengelolakan satu pertandingan secara teratur jika ditugaskan sebagai jawatankuasa pengelola pertandingan.


5.1 PENGURUSAN PASUKAN

Pengurusan sukan menurut Kelly, Blanton dan Bertel (1990) merupakan “Sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan”.

5.1.1 Fungsi Pengurusan Sukan
Fungsi pengurusan dalam sukan ialah :-
· merancang
· menyediakan bajet
· mengawal
· mengarah
· mengelola
· menyediakan jadual pertandingan
· membuat keputusan
· menilai


5.1.2 Tugas Dan Tanggungjawab Pengurus Pasukan Sukan Sekolah
· Menghadiri mesyuarat peringkat sekolah/daerah dan mematuhi keputusan minit mesyuarat tersebut.
· Menandatangani Kad Kokurikulum ahlinya dalam setiap pertandingan.
· Menyediakan dan melengkapkan borang tuntutan tambang, makan dan minum, pengangkutan serta keperluan ahlinya dalam acara-acara yang dianjurkan oleh sekolah/PPD/BAHAGIAN/JPN/KPM atas  persetujuan Pengetua
· Mendapatkan dan menyimpan surat kebenaran ibubapa/penjaga sebelum membawa ahli yang terlibat dalam sesuatu acara di luar kawasan sekolah. Salinan hendaklah diserahkan kepada PK HEM atau PK KOKU untuk makluman. 
· Mengiringi ahlinya yang terlibat dalam acara-acara di luar kawasan sekolah dalam keadaan selamat pergi dan balik.
· Memaklumkan setiap keputusan pertandingan kepada Pengetua, PK KOKU dan S/U Sukan atau S/U Kokum untuk makluman dan rekod.
· Membuat laporan/Post Mortem tentang prestasi pasukannya selepas  pertandingan dan serahkan laporan kepada S/U Sukan atau S/U  Kokum  untuk tindakan selanjutnya  (dokumentasi).


5.1.3 Tugas Dan Tanggungjawab Jurulatih Pasukan Sukan Sekolah
· Melatih ahli pasukan masing-masing untuk menghadapi pertandingan dan permainan antara sekolah / daerah / bahagian / negeri
· Merancang latihan dan perlawanan persahabatan yang perlu dimasukan ke dalam takwim pasukannya dan serahkan kepada S/U Sukan atau S/U Kokum  untuk tindakan selanjutnya.
· Memastikan keselamatan pelajar/ahlinya semasa dalam latihan dan pertandingan
· Memastikan unsur-unsur nilai pendidikan dan nilai murni diserapkan sama ada dalam latihan atau perlawanan. Elakan emosi dalam sukan / pertandingan dan fahami objektif sukan sebenar. Pengisian program yang dirancang menepati citarasa pelajar dan bersesuaian dengan matalamatnya.
· Membantu S/U Sukan dalam membuat gelanggang untuk latihan dan pertandingan.

5.1.4 Jurulatih yang baik
Jurulatih yang baik adalah:

· Pemimpin
· Guru
· Pengurus
· Pengelola
· Kaunselor
· Pereka cipta

· Pembuat keputusan
· Pemudah cara
· Pendorong
· Kawan
· Model contoh yang diikuti
· Wira


5.2 ASAS PENGURUSAN KEJOHANAN/PERTANDINGAN

Dalam Gerak Kerja Kokurikulum, pengurusan pasukan dan pengelolaan pertandingan merupakan aspek yang penting serta mesti difahami dan dihayati oleh setiap guru. Oleh yang demikian, guru-guru yang terlibat harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam aspek ini supaya mereka dapat mengurus pasukan mereka dengan baik serta dapat mengelolakan satu pertandingan secara teratur jika ditugaskan sebagai jawatankuasa pengelola pertandingan.


5.2.1 Kertas Kerja Pengelolaan Pertandingan
Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju, jenis aktiviti, jawatankuasa, peserta dan perbelanjaan sesuatu program. Kertas kerja yang lengkap akan menjadi sumber rujukan urama dalam sesuatu program.

Contoh format kertas kerja yang boleh digunakan;
· Tajuk Kertas Kerja
Tajuk ditulis dengan ringkas dan bermakna, tepat serta menggambarkan objektif program
· Tujuan Kertas Kerja
Nyatakan secara jelas arah tuju, maksud, objektif, matlamat dan tuntutan kertas kerja yang disediakan.
· Matlamat Program
Merupakan sasaran yang realistik untuk dicapai dan perlu berdasarkan kepada konsep kejohanan
· Penerangan tentang Program
Nyatakan secara jelas butiran mengenai pelaksanaan program
ü Tarikh, masa dan tempat
ü Peserta kumpulan ssaran
ü Yuran atau bayaran yang dikenakan
ü Kerjasama atau bantuan agensi lain
· Jawatankuasa Program
Prosedur penubuhan jawatankuasa
ü memilih ahli yang terlibat dalam sukan tersebut serta yang komited
ü mendapatkan persetujuan pengetua/guru besar/presiden persatuan
ü mengeluarkan surat pelantikan
ü mengesahkan pelantikan mereka dalam mesyuarat jawatankuasa pengelola yang pertama
ü mengedarkan senarai tugas serta memberi taklimat kepada ahli jawatankuasa yang dilantik.

Contoh senarai penuh jawatankuasa induk dan jawatankuasa pelaksana
ü Penasihat
ü Pengerusi
ü Naib Pengerusi
ü Setiausaha
ü Bendahari

ü Pengerusi Jawatankuasa Kecil:

* Pertandingan
* Teknik
* Kepegawaian
* Peralatan
* Upacara Perasmian/Penutupan
* Urus Setia
* Hadiah
* Penginapan
* Makanan/Minuman/Jamuan
* Seranta
* Pengangkutan
* Pertolongan Cemas/ Keselamatan
* Siaraya

5.2.2 Peranan dan bidang tugas jawatankuasa

Penubuhan jawatankuasa pengelola merupakan suatu langkah awal yang penting dalam mengelolakan sesuatu pertandingan sukan. Lazimnya ahli-ahli jawatankuasa yang bakal dilantik menganggotai jawatankuasa pengelola tersebut perlu mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut:

· memahami peraturan dan aspek-aspek teknik pertandingan
· memahami sistem dan peraturan pertandingan,
· komited untuk memastikan pertandingan dapat dikelolakan secara sistematik.

Penasihat : Memberi nasihat dan panduan kepada Jawatankuasa Pengelola dari   semua aspek agar sesuatu pertandingan dikendalikan dengan teratur tanpa banyak masalah.

Pengerusi: Mengetuai Jawatankuasa  Pengelola.
Bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengelolaan.
Memberi nasihat / cadangan yang konstruktif untuk melicinkan pengelolaan.

Setiausaha: Menguruskan surat-menyurat.
Mencatat  dan menyediakan minit mesyuarat.
Menyimpan segala maklumat dan rekod untuk rujukan.
Memastikan segala perancangan berjalan mengikut jadual.
Menghantar surat  ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam pengelolaan pertandingan.
Bendahari: Membuat anggaran perbelanjaan.
Merancang dan mengawal perbelanjaan.
Menyimpan segala resit pembelian.
Menyediakan penyata kewangan selepas sesuatu pertandingan   selesai dikendalikan


Pengerusi Jawatankuasa Kecil:

JK Pertandingan :  
Menyediakan peraturan pertandingan, borang pendaftaran, dan jadual pertandingan.
Menentukan tarikh tutup pendaftaran.
Menyediakan senarai nama/pasukan yang akan bertanding.
Menyediakan nombor peserta untuk peserta (jika yang dikelolakan ialah kejohanan olahraga).
Mengadakan mesyuarat pengurus pasukan sehari sebelum
pertandingan.
Membuat undian semasa mesyuarat pengurus pasukan.
 JK Teknik :            
Menyediakan peralatan seperti bola, baton, pagar mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam peraturan pertandingan.
Memastikan  peralatan yang diperlukan masih berfungsi seperti jam randek.
Menentukan padang, gelanggang, trek, pentas, semuanya mengikut spesifikasi, sesuai dan selamat  digunakan.
 JK Kepegawaian :  
Menentukan berapa orang pegawai-pegawai teknik / pengadil/ referi bertauliah yang  diperlukan.
Membuat anggaran perbelanjaan bagi pegawai seperti bayaran elaun,
makan/minum, baju dll yang diperlukan
Mengedarkan surat pelantikan dan jemputan kepada pegawai- pegawai
tersebut.
Memberi taklimat kepada pegawai tentang peraturan pertandingan,
jadual pertandingan dll berkenaan sebelum pertandingan.

JK Hadiah: 
Membuat anggaran pembelian hadiah.
Menentukan jenis-jenis hadiah yang akan dibeli dan  mendapatkan persetujuan daripada JK Pengelola.
Membeli dan membungkus (jika perlu) hadiah.
Mencari penaja untuk hadiah (jika boleh).
Membantu dalam upacara penyampaian hadiah.

JK Upacara Perasmian/Penutupan:
Merancang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dan mendapat persetujuan daripada JK Pengelola.
Menentukan tetamu khas yang akan menyempurnakan majlis.
Menyediakan anggaran perbelanjaan.
Menghubungi pihak-pihak berkenaan untuk membantu seperti  persembahan pancaragam, mengadakan raptai.

JK Makanan / Minuman /Jamuan:
Merancang menu  yang diperlukan sepanjang pertandingan untuk  AJK, pegawai, peserta dll.
Memesan makanan/minuman serta memastikan makanan dan  minuman sampai pada masa yang ditetapkan serta cukup untuk semua.
Mengedarkan minuman untuk tetamu dan pegawai semasa   
pertandingan.
Merancang dan mengadakan jamuan mengikut persetujuan AJK Pengelola – menetapkan tarikh, tempat, masa, menu, tetamu, dan peserta.
JK Pengangkutan:
Mengenal pasti jenis pengangkutan yang diperlukan,
Mendapatkan kenderaan yang mencukupi.
Menyediakan jadual perjalanan dan edarkan kepada semua yang berkenaan.
 JK Penginapan:    
Menyediakan senarai nama peserta/pegawai yang     memerlukan penginapan.
Mengagihkan penginapan mengikut kesesuaian.
Mengutip wang (jika berkenaan) daripada peserta/pegawai yang menginap
Memastikan penginapan dalam keadaan yang selamat.
JK Siaraya:          
Menyenaraikan jumlah pembesar suara, hailer yang  diperlukan.
Memasang dan memastikan semua alatan berfungsi.
JK Seranta:           
Menyediakan poster, kain rentang serta mempamerkan di lokasi-lokasi yang strategik.
Menjemput pihak media massa – surat khabar, radio dan televisyen untuk membuat liputan semasa pertandingan.

JK Keselamatan:
Melantik pegawai/sukarelawan  untuk memastikan keselamatan peserta, peralatan sebelum, semasa, pertandingan di tempat pertandingan.

JK Pertolongan Cemas:
Memastikan ada doktor / pegawai perubatan / ahli PBSM (yang berkenaan) semasa pertandingan.
Menyediakan air batu dan ubatan yang sesuai dan mencukupi.
Menyediakan tempat untuk rawatan.

JK Peralatan :  
Menyenaraikan segala peralatan ( kerusi, meja, pentas, karpet, alas meja, khemah, dll ) yang diperlukan oleh semua jawatankuasa.
Menyediakan peralatan mengikut kehendak jawatankuasa.
Memastikan peralatan selamat digunakan.
Menyimpan semua peralatan setelah selesai pertandingan.

JK Urus setia :   
Membantu dalam mengendalikan tugasan semua jawatankuasa kecil
Menyediakan papan notis dan memaparkan segala makluman terkini.
Memastikan segala makluman sampai kepada semua peserta / pasukan  dengan bantuan pegawai perhubungan.

JK Anggaran Perbelanjaan :
Nyatakan secara terperinci anggaran pendapatan serta perbelanjaan termasuk perbelanjaan runcit dan butiran perbelanjaan keseluruhan program

JK Susun Atur Jadual atau Atur cara :
Sediakan tentatif program yang terperinci dari awal hingga akhir termasuklah atur cara perasmian dan penutup dengan menyatakan masa, tempat dan tindakan jawatankuasa.

JK Peserta :
Nyatakan kumpulan sasaran yang akan menyertai program ini sama ada pelajar atau kakitangan serta anggaran bilangan peserta yang mengambil bahagian.

· Tindakan :
Senarai semak tindakan
Pelan tindakan
Atur cara pentadbiran

· Sokongan :
Rujuk keseluruhan kertas kerja kepada penasihat atau pegawai yang berkaitan untuk perhatian

 LATIHAN

1. Senaraikan jawatankuasa kecil pengelolaan dalam sesuatu kejohanan.

2. Nyatakan peranan dan bidang tugas setiap jawatankuasa yang terlibat.

No comments:

Post a Comment