RANGKA KURSUS
PPG
(Pendidikan Jasmani – Pendidikan Rendah)
NAMA KURSUS
|
Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani
(Curriculum and Pedagogy of Physical Education)
|
KOD KURSUS
|
PJM3110
|
KREDIT
|
3(2+1)
|
SEMESTER
| EMPAT |
Hasil Pembelajaran
|
1.
Menghubungkaitkan
serta menjelaskan teori-teori dan falsafah pendidikan dengan kurikulum Pendidikan
Jasmani.
2.
Menjelaskan
kepentingan Pendidikan Jasmani terhadap perkembangan individu.
3.
Mengenalpasti
kandungan sukatan pelajaran dan pendekatan yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
4.
Aplikasi kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi semasa melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran;
5.
Menilai dan
menganalisa proses pengajaran dan pembelajaran mikro
6.
Membuat pentaksiran
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani
|
Sinopsis
|
Kursus ini
mencakupi sejarah dan perkembangan kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia
yang menjelaskan hubungkait falsafah dan teori pembelajaran dengan hala tuju
pendidikan kebangsaan. Kepentingan, konsep kurikulum Pendidikan Jasmani,
sukatan dan tafsirannya, kriteria pemilihan aktiviti dalam Pendidikan
Jasmani, aspek-aspek pedagogi serta pelaksanaan dan penilaian pengajaran
mikro.
This course includes the history and development of
physical education in Malaysia; the relationship of theories and philosophies
towards national education policy, the importance of physical education, the
interpretation of curriculum, criteria in choosing physical education
acitivities, the pedagogical aspects and also carrying out and evaluating
micro teaching.
|
Tajuk
|
Kandungan
|
Jam
|
1
|
Teori
Sejarah dan perkembangan Pendidikan Jasmani
·
Pendidikan Jasmani Zaman Purba
·
Pendidikan Jasmani Zaman Renaisance
·
Pendidikan Jasmani Moden
·
Pendidikan Jasmani di
Malaysia
|
2
|
2
|
Konsep, teori dan falsafah pembentukan kurikulum
·
Konsep dan definisi
Pendidikan Jasmani
·
Falsafah pendidikan
kebangsaan dan hubungannya dengan Pendidikan Jasmani
·
Pendidikan Jasmani
untuk semua
|
2
|
3
|
Kepentingan Pendidikan Jasmani
·
Pertumbuhan dan perkembangan fizikal
·
Perkembangan mental
·
Perkembangan emosi
·
Perkembangan sosial
|
4
|
4
|
Huraian dan
tafsiran sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR dan KSSR
·
Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam Pendidikan
Jasmani
·
Tunjang pembelajaran Pendidikan Jasmani
|
4
|
5
|
Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani
·
Infrastruktur dan tenaga pengajar
·
Perkembangan murid
·
Peralatan dan kemudahan
·
Persekitaran budaya dan tempat
|
4
|
6
|
Persediaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani
·
Rancangan Kerja Tahunan
dan Semester
·
Rancangan Kerja Mingguan
·
Rancangan Pengajaran Harian
|
8
|
7
|
Strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani
·
Teknik
·
Kaedah
·
Strategi
|
4
|
8
|
Pentaksiran dalam Pendidikan Jasmani
·
Pembentukan folio dan
pentaksirannya
|
2
|
Jumlah
|
30
|
|
1
|
Amali
Strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani
·
Teknik
·
Kaedah
·
Strategi
|
4
|
2
|
Pengajaran Mikro (20 jam)
·
Pelaksanaan pengajaran
mikro
·
Penilaian dan analisis
pengajaran mikro
|
20
|
3
|
Pentaksiran dalam Pendidikan Jasmani (6 jam)
·
Ujian kecergasan
fizikal
·
Spesifikasi ujian
kemahiran
|
6
|
Jumlah
|
30
|
|
Jumlah
Keseluruhan
|
60
|
Pentaksiran
|
Kerja kursus 70%
Peperiksaan Akhir 30%
|
Rujukan Asas
|
Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental physical education for all children (4th
edition). Champaign, IL: Human Kinetics.
Kelly, L.E. & Melograno, V.J. (2004). Developing the physical education curriculum: An achievement-based
approach. Champaign, IL: Human Kinetics.
Mosston, M., & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.) San Francisco, CA: Benjamin
Cummings.
|
Rujukan Tambahan
|
Thomas, K.T., Lee, A.M., & Thomas, J.R. (2003). Physical education methods for elementary teachers (2nd
edition). Champaign, IL: Human Kinetics.
Wuest, D.A., & Bucher, C. A. (1999). Foundations of physical education and sport (13th
edition). Boston: WCB McGraw-Hill.
|
Kriteria Pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani
Dalam membentuk kurikulum terdapat beberapa kriteria reka bentuk yang perlu dikaji, dianalisis dan dipilih oleh pembangunan kurikulum. Reka bentuk ini boleh dikategorikan kepada
i. Berpusatkan Subjek
ii. Berpusatkan Pelajar
iii. Berpusatkan Masalah
Reka Bentuk Berpusatkan Subjek
Reka bentuk berasaskan subjek adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran. Reka bentuk berasaskan subjek terdiri daripada:
i. Reka Bentuk Matapelajaran
ii. Reka Bentuk Disiplin
iii. Reka Bentuk Bersepadu
iv. Reka Bentuk Korelasi
(a) Reka Bentuk Matapelajaran
i. Berpusatkan Subjek
ii. Berpusatkan Pelajar
iii. Berpusatkan Masalah
Reka Bentuk Berpusatkan Subjek
Reka bentuk berasaskan subjek adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran. Reka bentuk berasaskan subjek terdiri daripada:
i. Reka Bentuk Matapelajaran
ii. Reka Bentuk Disiplin
iii. Reka Bentuk Bersepadu
iv. Reka Bentuk Korelasi
(a) Reka Bentuk Matapelajaran
Reka bentuk ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. Reka bentuk matapelajaran merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Ilmu di susun menjadi teratur seterusnya berperanan sebagai matapelajaran. Bagi memudahkan pembelajaran, konsep juga di susun daripada yang ringkas ke kompleks. Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk ini tertumpu kepada proses mengingat dan memahami.
(b) Reka Bentuk Disiplin
Setiap matapelajaran mempunyai disiplin ilmu tersendiri, disiplin adalah cara atau proses sesuatu matapelajaran. Reka bentuk disiplin menekan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. Contohnya dalam mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani selain daripada kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran atau permainan.
Dengan kata lain pelajar bukan sahaja di ajar kemahiran dalam permainan tetapi disiplin berkaitan dengan kemahiran atau permainan juga ditekankan. Reka bentuk ml dibina berdasarkan proses mengenalpasti struktur ilmu serta disiplin sesuatu subjek dan kaedah atau proses yang terlibat untuk menjana ilmu dalam sesuatu bidang.
(c) Reka Bentuk Bersepadu
Reka bentuk ini menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang bersepadu. Reka bentuk mi akan membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing. Reka bentuk ml menghilangkan sempadan matapelajaran dan disiplin. Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna. Contohnya dalam matapelajaran sains yang terdiri daripada biologi, fizik dan kimia disepadu diperingkat sekolah menengah rendah sebagai sains.
(d) Reka Bentuk Korelasi
Reka bentuk ini mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan mengurangkan pemisahan antara subjek. Sebagai contoh seorang guru Pendidikan Jasmani boleh berkerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan portfolio yang bertajuk perkembangan bola sepak dan zaman penjajah hingga ke sekarang.
Dalam reka bentuk ini pendidik-pendidik bagi subjek yang berkaitan perlu berkerjasama dan memberi komitmen yang tmnggi. Mereka perlu berbincang dan berkerjasama dalam memikirkan dan merancang kursus atau tugasan yang mengaitkan makiumat dan subjek-subjek yang berlainan.
Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
Reka bentuk ini menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalam bidang pendidikan. Reka bentuk berpusatkan pelajar berdasarkan kepada falsafah progressivesme. Reka bentuk berpusatkan pelajar terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
i. Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
ii. Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman
iii. Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik
(a) Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
Dalam reka bentuk berpusatkan pelajar pembinaan kurikulum adalah berdasarkan kepada pendekatan semula jadi pelajar ketika belajar. Reka bentuk mi menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka di ben peluang untuk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajar. Contohnya oleh kerana sifat kanak¬kanak sekolah rendah suka bermain, dalam membina kurikulum Pendidikan Jasmani unsur permainan diselitkan.
(b) Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman
Reka bentuk berpusatkan pengalaman sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membiria kurikulum. Namun kedua-kedua reka bentuk berbeza kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh di jangka oleh itu kurikulum tidak akan dapat dirancang dengan awal. Kurikulum akan dibina setelah pendidik mengenali pelajar.
(c) Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik
Reka bentuk mi mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar dan membina tugasan atas kesedaran din sendiri. Reka bentuk berpusatkan humanistik menyepadukan unsur kognitif dan afektif. Reka bentuk mi memberi penekanan isi kandungan, kognitif, pengalaman dan perasaan. Dengan kata lain Reka bentuk berpusatkan humanistik menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan. Reka bentuk ni menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan.
Reka Bentuk Berpusatkan Masalah
Reka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan.
(a) Reka Bentuk Situasi - Kehidupan
Reka bentuk mi lebih mirip kepada teori konsektual. Reka bentuk situasi - kehidupan berpendapat pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan secara terus. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk mi.
Oleh itu kurikulum perlu di bina dengan memberi penekanan terhadap penyelesaian kepada masalah-masalah dalam kehidupan sebenar. Dengan kata lain kunikulum yang terbentuk dalam reka bentuk mi akan membantu pelajar membuat generalisasi tentang masalah yang berkaitan dengan kehidupan di dunia yang sebenar.
(b) Reka Bentuk Semula Masyarakat
Reka bentuk mi berorientasmkan masyarakat, neka bentuk mi mengaitkan hubungan kurikulum dengan penkembangan masyarakat dan aspek sosial, politik dan ekonomi. Kurikulum dilihat berupaya menjadm agen penubahan dalam masyarakat. Kurikulum ni menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyanakat yang berkualiti.
Ciri-ciri Pembentukan Kurikulum
Kurikulum PJ yang jitu bercirikan:
a. Ianya telah difikirkan sebagai sebahagian yang penting daripada usaha yang penuh sekolah.
b. Mencerminkan sifat & keperluan masyarakat demikratik di mana wujud penghormatan terhadap minat & keupayaan semua individu yang hidup.
c. Ianya dirancang selaras dengan aliran pengalaman yang tidak putus-putus bermula daripada awal kanak-kanak & merentasi pendidikan selepas sekolah menengah & sepanjang hidup seterusnya.
d. Ianya seimbang dan boleh memberi beberapa pengalaman yang akan menyumbang kepada kesudahan yang dikehendaki untuk semua peringkat umur.
e. Ianya bepegang teguh atau bersikat tidak berganjak daripada falsafah wawasan, arah aliran atau trend utama kaedah dan bahan PJ umumnya.
f. Ianya berasaskan kepada kriteria yang ketat atau rapi untuk memilih kandungan.
g. Mengajar dan menggalakkan pertumbuhan profesional terhadap pengajar.
h. Ianya bersekutu dalam beberapa perkara yang signifikan dengan masyarakat.
Kepentingan Pendidikan Jasmani
b. Mencerminkan sifat & keperluan masyarakat demikratik di mana wujud penghormatan terhadap minat & keupayaan semua individu yang hidup.
c. Ianya dirancang selaras dengan aliran pengalaman yang tidak putus-putus bermula daripada awal kanak-kanak & merentasi pendidikan selepas sekolah menengah & sepanjang hidup seterusnya.
d. Ianya seimbang dan boleh memberi beberapa pengalaman yang akan menyumbang kepada kesudahan yang dikehendaki untuk semua peringkat umur.
e. Ianya bepegang teguh atau bersikat tidak berganjak daripada falsafah wawasan, arah aliran atau trend utama kaedah dan bahan PJ umumnya.
f. Ianya berasaskan kepada kriteria yang ketat atau rapi untuk memilih kandungan.
g. Mengajar dan menggalakkan pertumbuhan profesional terhadap pengajar.
h. Ianya bersekutu dalam beberapa perkara yang signifikan dengan masyarakat.
Kepentingan Pendidikan Jasmani
Kurikulum dan hubungkaitnya dengan sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
a. Melahirkan insan yang seimbang dari segi keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif
b. Sukatan Pendidikan Jasmani dilihat merupakan jalan pintas untuk melahirkan generasi ini. Bagi membina unsur kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum, pelajaran Pendidikan Jasmani.
c. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh mengaplikasikan kurikulum berpusatkan pelajar. Contohnya bermain merupakan kegemaran semulajadi pelajar dengan itu sukatan Pendidikan Jasmani boleh menyelitkan unsur permainan bagi menarik minat pelajar.
d. Dalam sukatan Pendidikan Jasmani nilai murni seperti kerja sama, kepimpinan dan pepaduan dapat di gabungkan dengan mudah.
e. Sukatan Pendidikan Jasmani berupaya menghindarkan masalah sosial dan membina cara hidup sihat.
f. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dapat mengaplikasikan teori kurikulum pramatism. Pemikiran kreatif, negatif, positif, analitis, logik, kritikal, emotif, nilai, sistematik, intituitif dapat di bina dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.