Sunday 10 March 2019

Contoh RML - rancangan mengajar latihan / kemahiran 

KEMAHIRAN : Lompat Jauh – Fasa Penujuan
MASA : 30 minit
OBJEKTIF : Melakukan larian antara 11 hingga 15 langkah dengan jarak langkah yang konsisten

BAHAGIAN
AKTIVITI
BUTIRAN MENGAJAR/
FOKUS PEMBELAJARAN
Organisasi
CATATAN
PERKEMBANGAN
(10 minit)
1. Fasa 1
Demonstrasi guru
· Penentuan kaki lonjakan
1.Secara berpasangan,     
    -murid A berdiri tegak dengan kedua-dua kaki dirapatkan.
   -Murid B menolak murid A dari belakang tanpa isyarat.
   -Kaki pertama melangkah ialah kaki yang kuat untuk melakukan lonjakan.


2. Fasa 2
      Demonstrasi guru
· Ansur maju 1
- berjalan sambil melangkah ke dalam 6 gelung rotan
- berlari sambil melangkah ke dalam 6 gelung rotan
- berlari sambil melangkah ke dalam 10 gelung rotan.


· Ansur maju 2
Berlari 7 langkah lalu melompat melepasi tali.
Berlari 11 langkah lalu melompat melepasi tali.
Kaki-
i. berlari atas bebola kaki
ii. bermula berjalan atau berlari dengan kaki dominan.
iii. lutut bengkok

Tangan-
i. bengkok dan bersudut lebih kurang 90 darjah.
ii. tangan dihayun ke hadapan menyilang badan.

Badan-
i. badan condong ke hadapan lebih kurang 45 darjah.

Mata-
i. fokus pada zon mendarat

1. Secara berpasangan, murid berdiri dalam sebaris.
2. Murid B berdiri di belakang murid A.
 
           Murid






1. Murid berada dalam 5 kumpulan, 6 murid dalam sekumpulan
2. Kumpulan murid berdiri dalam sebaris.
3. Murid perlu memijak tali skipping dengan kaki lonjakan selepas melangkah gelung rotan terakhir.
 
       Gelung plastik
       Tali skipping
       Murid


· Ansur maju 2
1. Murid berada dalam kumpulan.

 
1. Gelung plastik
2. Tali skipping
3. Skitel

Aspek keselamatan
1. Kawasan larian dan mendarat mestilah bebas daripada benda-benda yang boleh mencederakan murid
2. Penggunaan gelung plastik dapat mengurangkan kecederaan murid.
3. Penggunaan tali skipping dapat mengurangkan kecederaan murid jika jatuh dan ketakutan murid.
4. Ruang antara kumpulan haruslah bersesuaian agar tidak berlaku pelanggaran antara murid semasa berlari.
5. Sistem giliran larian hendaklah dijalankan dengan betul agar tidak berlaku pertindihan larian yang boleh mendatangkan kecederaan kepada murid.

AKTIVITI LATIH TUBI
(5 minit)
Secara berpasangan, murid B memerhatikan murid A berlari menuju ke arah papan lonjak.

Kaki-
i. berlari dengan kelajuan maksimum yang terkawal.
ii. berlari  menuju   ke   papan   lonjak  dengan   pantas   dan   terkawal.
iii. panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi rendah untuk mengatasi halangan graviti.
Tangan-
i. bengkok dan bersudut lebih kurang 90 darjah.
ii. tangan dihayun ke hadapan menyilang badan.

Mata-
i. fokus pada zon mendarat

1. A mula berlari menuju ke papan lonjak manakala B berdiri berhampiran papan lonjak sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan pelepasan.
2.cUlang di tempat permulaan yang baharu sehingga mendapat titik permulaan yang sesuai.
3. Murid berlatih di titik permulaan yang tepat.

 




1. Papan
2. Skitel
3. Pita pelekat

Aspek keselamatan
1. Kawasan larian dan mendarat mestilah bebas daripada benda-benda yang boleh mencederakan murid
2. Ruang antara kumpulan haruslah bersesuaian agar tidak berlaku pelanggaran antara murid semasa berlari.

KEMUNCAK
(5 minit)
Pertandingan Raja Lompatan.
1. murid perlu berlari ke arah tiang, melonjak papan dengan kaki lonjakan lalu menyentuh belon.
2. Murid yang dapat melonjak dengan kaki lonjakan dan berjaya menyentuh belon akan memperoleh satu markah.
3. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah terbanyak dikira sebagai pemenang.

Murid menggunakan kemahiran yang dipelajari
4. Secara berkumpulan,
 
1. Papan
2. Tiang
3. Belon

Aspek keselamatan
1. Penggunaan belon yang ringan dapat mengurangkan kecederaan murid.

PENUTUP
(5 minit)
1. Murid dalam bulatan dan melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan iringan muzik.
Aktiviti menyejukkan badan bermula dari bawah ke atas. (kaki ke kepala)
Murid berada dalam bulatan


 
1. Muzik

Aspek keselamatan
1. Melakukan aktiviti menyejukkan badan dapat mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot