Saturday 22 February 2014

KKP    PJM 3106   PPG  2014

INSTITUT  PENDIDIKAN  GURU  KAMPUS  TUANKU BAINUN
TUGASAN  PROJEK

TAJUK  PROGRAM : PPG


NAMA  PELAJAR :



KOD  DAN  NAMA  KURSUS : PJM  3106  ANATOMI  DAN  FISIOLOGI

SEMESTER           : 5/2014



TARIKH  MULA
8 Februari 2014
TARIKH  HANTAR
8 Mac 2014

Hasil  Pembelajaran  Kursus :

Memperoleh  pengetahuan  dalam  Anatomi  Dan  Fisiologi.
1.  Menjelaskan  jenis-jenis  penaksiran  dan  prosedur  yang  berkaitan  dengan  anatomi    
     dan  fisiologi.
2.  Mengenalpasti dan  mensintesis  maklumat  daripada  pelbagai  sumber  untuk 
     memperolehi  pemahaman  yang  koheren  tentang  teori  dan  amalan.
3.  Melaksanakan  amali  anatomi  dan  fisiologi  dengan  berkesan.
4.  Mengintegrasikan  kemahiran  yang  dipelajari  dengan  kemahiran  teknologi  maklumat  
     dan  cara  berkomunikasi  berkesan  untuk  melaksanakan  latihan  yang  sistematik,  
     berkesan  dan  bermakna.
5.  Melaksanakan  tanggungjawab  terhadap  pelajar  dalam  aspek  keselamatan,  bimbingan 
     dan  kebajikan  tanpa  mengira  agama  dan  bangsa.


Kerja  kursus  ini  bagi  menilai  hasil  pembelajaran 1 ,2, 4 dan 5.


Objektif  projek :

Pelajar  dapat  melaksanakan  tugas-tugas  berikut:
1.  Menguasai pengetahuan  dalam  konsep  pengenalan  anatomi  dan  fisiologi.
2.  Menjawab  soalan-soalan  kuiz  berdasarkan  topik  yang ditetapkan.
3.  Mengumpul  bahan-bahan   mengikut  topik  dan  latihan-latihan yang dijawab pada 
     setiap minggu berkaitan  dengan  anatomi  dan  fisiologi  manusia 
4.  Membuat pembacaan dan menanda isu-isu utama dalam artikel yang dipilih serta ulasan
     bagi artikel tersebut dalam 1000 perkataan.
5.  Melukis dan melabel dengan lengkap bahagian sendi, otot dan tulang yang terlibat serta 
     mengaplikasikan dalam satu kemahiran dalam permainan atau satu fasa dalam acara
     olahraga yang dipilih.
6.  Membuat penulisan dari segi fungsi –fungsi otot utama , bahagian sendi dan tulang
     utama anggota serta analisis mekanisme pergerakan yang terlibat.
               

Tugasan  1   -      Kuiz   (20%)
Tarikh : 12 Mac 2014
                 1.1.        Berdasarkan  tajuk  berikut:
1.1.1.Pengenalan  kepada  anatomi  dan  fisiologi
1.1.2      Peringkat  kimia,  selular  dan  tisu  organisma
1.1.3      Sistem  Rangka
1.1.4      Sistem  Otot
1.2.         Satu kuiz yang mengandungi 3 soalan struktur.

Tugasan  2   -      Folio (Individu)  (20%)
2.1.         Pelajar  perlu mengumpul latihan-latihan  berkaitan  dengan  anatomi  dan  fisiologi  manusia.
2.2.         Bahan-bahan kuliah dan latihan yang dijawab  pada  setiap  minggu  perlu  difailkan  di  dalam  folio anatomi  dan  fisiologi. 
               
Tugasan  3   -      Artikel Reviu (Individu)  (30%)
3.1.         Pilih satu artikel yang berkaitan dengan salah satu sistem tubuh badan. Seterusnya membuat pembacaan  dan penandaan isi-isi utama.
3.2.    Berdasarkan penandaan, anda dikehendaki membuat ulasan artikel sebanyak 1000 patah perkataan berdasarkan format yang diberi.

Tugasan  4   -      Penulisan Tentang Amali (Berpasangan)  (30%)
4.1.        Pasangan dikehendaki membuat penulisan mengenai satu  kemahiran dalam
permainan atau satu fasa dalam acara olahraga.
4.2.         Pastikan  setiap  pasangan  tidak  memilih  tajuk  yang  sama.
4.3          Membuat penulisan ringkas berkenaan pengenalan dan objektif
4.4          Melukis dan melabel dengan lengkap bahagian sendi, otot dan tulang yang
terlibat serta  mengaplikasikan dalam satu kemahiran dalam permainan.
                atau satu fasa dalam acara olahraga yang dipilih.
4.5          Membuat penulisan dari segi fungsi –fungsi otot utama , bahagian sendi dan tulang utama anggota serta analisis mekanisme pergerakan yang terlibat.
             
Prosedur:
1.            Tugasan ini  ialah  tugasan  individu dan berpasangan.
2.            Panjang ulasan adalah 1,000 patah perkataan dan bertaip dengan saiz fon Arial 11, dan langkau 1.5 baris.
               3.            Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet.
4.            Artikel yang dipilih haruslah berlainan dan berkaitan  dengan  anatomi  dan  fisiologi  manusia.

Tugasan  yang  baik  harus  menunjukkan  kriteria  yang  berikut:
1.            Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2.            Berdasarkan  topik  yang  berkaitan
3.            Kerjasama  antara  pasangan
4.            Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak                    
                tugasan.
5.            Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan
sokongan  ilmiah
6.            Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheran.

Tarikh  serahan :  minggu  9 (24-28 Feb 2014

Wajaran bagi tugasan 1 – 4 adalah 60%