Sunday 10 June 2018

Refleksi Program dijalankan olah jawatankuasa induk dan juga jawatankuasa pelaksana. bertujuan memberi peluang kepada semua pihak untuk mengingat kembali tentang perjalanan program dan seterusnya dapat membuat penambahbaikan serta memperbaiki segala kelemahan dan berusaha untuk mengekalkan serta memantapkan kecemerlangan program yang akan dijalankan pada masa akan datang. Ada refleksi berbentuk post mortem dengan setiap jawatankuasa mengemukakan laporan dengan memberi kekuatan dan kelemahan setiap jawatankuasa.

Anda dikehendaki membuat refleksi berbentuk post mortem tentang sesuatu program
( Sukan tahunan / pertandingan permainan ) yang dijalankan di sekolah anda.

Saturday 9 June 2018

5.3 PELAKSANAAN PROGRAM

Bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan perjalanan kejohanan sukan, perancangan dan persediaan yang teliti perlu diberi perhatian utama.. Perancangan yang berkesan perlu mengambil kira tentang perancangan sebelum, semasa dan selepas program.

5.3.1 Langkah-langkah Pengelolaan
a. Sebelum Program
Persediaan sebelum pelaksanaan program biasanya mengambil masa yang lama, bermula dengan lantikan jawatankuasa induk. Bagi membentuk perancangan yang yang teliti, perkara-perkara berikut harus diberi perhatian;

· Pengurusan surat menyurat dan perlantikan
ü Surat jemputan mengambil bahagian (Borang Pendaftaran Penyertaandan Peraturan Pertandingan)
ü Surat perlantikan ahli jawatan kuasa induk dan jawatan kuasa pelaksana
ü Surat perlantikan pegawai
ü Surat meminjam peralatan dan kemudahan asas
ü lain-lain surat yang berkaitan keperluan program

· Persiapan Teknikal
ü memastikan penyediaan padang dan balapan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)
ü Memastikan padang dan balapan selamat digunakan
ü Memastikan peralatan yang digunakan mengikut spesifikasi piawaian yang diluluskan
ü memastikan pendaftaran peserta diterima seperti yang dikehendaki

· Penyediaan borang-borang pertandingan
ü Borang penyelia peserta
ü Borang hakim balapan
ü Borang penjaga masa
ü Borang ketua hakim
ü Borang ketua penjaga masa
ü Borang/kad acara padang
ü Borang catatan pusingan
ü Borang laporan kelajuan angin

· Nota: Bincang dengan pensyarah pembimbing bagaimana hendak menyadiakan borang-borang di atas.


b. Semasa Pelaksanaan Program
Peristiwa yang berlaku dan perjalanan sesuatu program itu merupakan satu proses pentadbiran yang amat penting untuk mengukur prestasi program tersebut sama ada berjaya atau tidak. Hari pelaksanaan program/kejohanan olahraga seolah-olah seperti hari menghadapi peperiksaan sebenar yang mana persediaannya telah berbulan-bulan lamanya.   Antara perjalanan program yang akan menjadi fokus penganjur ialah;

· Perjalanan majlis perasmian
ü tokoh perasmian
ü tetamu yang hadir
ü tempat duduk perasmi dan tetamu
ü sambutan kehadiran perasmi dan tetamu

· Perjalanan acara yang dipertandingkan
ü peserta melapor diri ke penyelia peserta
ü peserta akan dibawa ke arena oleh pembantu pegawai dalam keadaan berbaris
ü keputusan pertandingan akan disemak oleh refferi dan ditangani untuk pengesahan keputusan
ü keputusan yang disahkan oleh refferi akan dihantar kepada setiausaha kejohanan untuk diumumkan secara rasmi oleh juruhebah
ü selepas 30 minit keputusan diumumkan, jika tiada apa-apa bantahan hadiah boleh disampaikan kepada pemenang bila-bila masa sahaja.

c. Selepas Program
Selepas selesai program/kejohanan adalah disarankan pengerusi pengelola bersama jawatankuasa kerja mengadakan perbincangan mengenai keseluruhan program dari awal hinggalah ke akhir program.

· Mesyuarat Post-Mortem

Mesyuarat post mortem adalah satu mesyuarat yang dijalankan selepas satu-satu program bagi mengenal pasti masalah, kelemahan dan kekuatan yang timbul di sepanjang program itu berlangsung.

· Menyediakan laporan

Setiap jawatankuasa kecil perlu menyediakan satu laporan lengkap untuk tujuan rujukan program yang akan datang. Setiap laporan akan diserahkan kepada setiausaha program untuk di masukkan ke dalam laporan keseluruhan.
ü Laporan teknik
ü Laporan aktiviti
ü Laporan kewangan
ü Laporan keselamatan
ü lain-lain jawatankuasa yang berkepentingan

Refleksi Program

Sebagai penganjur serta jawatankuasa yang bertanggungjawab, suatu refleksi program perlu dijalankan oleh jawatankuasa induk dan juga jawatankuasa pelaksana. Adanya refleksi ini sekurang-kurangnya akan memberi peluang kepada semua pihak untuk mengingat kembali tentang perjalanan program dan seterusnya dapat membuat penambahbaikan serta memperbaiki segala kelemahan dan berusaha untuk mengekalkan serta memantapkan kecemerlangan program yang akan dijalankan pada masa akan datang. Antara refleksi yang boleh dibuat adalah berbentuk:
· Penilaian program
· Laporan program
· Mesyuarat post mortem
· Mengadakan mesyuarat post mortem dengan setiap jawatankuasa mengemukakan laporan dengan memberi kekuatan dan kelemahan setiap jawatankuasa.



5.3.2 PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN
Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang mengelolakan sesuatu pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu bagi memudahkan untuk membuat perancangan dan persediaan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

· Jenis pertandingan
· Masa yang diperlukan
· Alatan dan kemudahan yang ada
· Agihan perlawanan yang adil
· Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan
· Kewangan
· Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan
· Penentuan pemenang dan pemain yang sah

i. Pertandingan Kalah Mati
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas untuk dikelola. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.
 a. Kelebihan
· Boleh dijalankan dalam masa yang singkat
· Cepat memilih pemenang
· Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad
· Seronok untuk ditonton
· Penyertaan ramai

b. Kelemahan
· Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik
· Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama
· Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung  tiada peluang bermain

Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Hal ini bermakna ada 1 pasukan menunggu (bye). Carta untuk sistem kalah mati ialah seperti berikut:
          

Contoh : Pertandingan Kalah mati 7 pasukan


ii. Pertandingan Liga

Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya pertandingan itu bertujuan  memilih pasukan yang terbaik.  
Perkara-pekara yang perlu diambil perhatian :
· Masa yang mencukupi
· Kewangan yang ada
· Bilangan pengadil
· Kemudahan dan peralatan yang ada
Pertandingan boleh dijalankan dalam
· Liga satu pusingan
· Liga berkumpulan

                                                 Liga Satu Pusingan

Liga Berkumpulan


· Kaedah Mengira Bilangan Perlawanan Pertandingan Liga


Cara pengiraan : N ( N – 1 )       (N  =  Jumlah Pasukan)              
         2


Contoh : 6 pasukan mengambil bahagian          


N ( N – 1 )   =  6 ( 6 – 1 )       =  6 x 5     =  30      =  15 perlawanan                                  
        2                             2                   2       2


iii. Cabar Mencabar

· Sistem Tangga
Dalam sistem ini peserta yang di bawah boleh mencabar dua atlet lain yang berada di atasnya dengan mengikut kedudukan-nya. Keistimewaan bentuk ini ialah setiap atlet ditempatkan mengikut kebolehan dan pencapaian mereka di akhir pertandingan. Sistem ini digunakan dalam pertandingan tinju.


Bil
Peserta
Kedudukan


1


2


3


4


5


6


7


8


9


10


· Sistem Piramid atau Corong

Pertandingan bentuk ini boleh dijalankan dengan cara berlawan sesama sendiri mengikut tingkatnya pada peringkat awal. Atlet yang berjaya di kalangan mereka akan naik setingkat sehingga ke puncak piramid atau corong.

 

 


LATIHAN

1. Menyediakan satu contoh borang penyertaan atau borang masuk pertandingan yang mengandungi semua maklumat yang mengambarkan tentang sesuatu pasukan yang akan mengambil bahagian.

2. Berdasarkan formula pengiraan sistem liga kira bilangan perlawanan yang dijangkakan dalam sesuatu pertandingan sekiranya jumlah penyertaan pasukan yang bertanding adalah:
· 9 pasukan
· 20 pasukan