Wednesday, 21 November 2012


Some Notes to share. ..Mengenai konsep pengurusan Sukan. Want to attach some notes but dont how...only now how to insert pic. Still need some times to explore how to use this blog. Thanks a lots to En Zahari to teach us to creat this blog..


Pengenalan kepada Pengurusan Sukan

Definisi Sukan

  • Aktiviti fizikal yang dibentuk dengan sempurna, dikawal secara rasmi dan peserta yang terlibat dalamnya adalah bermotivasikan ganjaran atau luaran (Coakley, 2009)
Pengurusan
  • Aktiviti berkaitan dengan mengkordinasikan, mengintegrasi dan menggunakan sumber organisasi (manusia, kewangan, fizikal, informasi atau teknologi dan teknikal)bagi mencapai objektif yang spesifik . (DuBrin Ireland & Williams 1989)

Pengurusan Sukan
  • Aktiviti yang berkaitan dengan mengkordinasikan sumber manusia dan bahan yang terhad, teknologi yang relevan serta situasi luar jangkaan bagi menghasilkan perkhidmatan sukan yang berkesan (Chelladurai, 1994)


Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk :

i.Pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan.

ii.Pengurusan sukan merupakan satu program persediaan akademik, profesional yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi sebagai satu bidang yang wajib.

Fungsi-fungsi Pengurusan
a. Merancang

  • pemikiran logik berasaskan matlamat dan mengambil keputusan mengenai apa yang perlu dilaksanakan bagi mencapai objektif organisasi
  • satu proses digunakan oleh pengurus  bagi memilih dan mengenalpasti matlamat yang bersesuai dengan kemampuan organisasi dan plan tindakan yang perlu digunakan bagi mencapai objektif 
  • dibentuk lebih awal mengenai apa yang perlu dilakukan.
  • Thinking in advance:
    • mengenai apa yang perlu dilakukan
    • bagaimana melakukannya
    • siapa yang perlu dilakukan
    • bila sebaiknya sesuatu perkara dilakukan
    • masalah yang perlu dihadapi dan cara mengatasi 
    • kaedah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi

b. Mengelola

  • mengagihkan tugas / tanggung jawab kepada orang bawahannya berdasarka kepakaran, kebolehan, senioriti dan keperluan bagi memastikan perancangan dapat dijalankan dan matlamat organisasi tercapai
  • satu fungsi di mana keseragaman dan kombinasi sumber-sumber manusia, fizikal dan kewangan adalah diberi penekanan dan keutamaan dalam menghasilkan keputusan yang diperlukan.
  • Langkah-langkah mengelola:
    • kenalpasti aktiviti
    • mengelolaan aktiviti melalui unit kecil atau jabatan
    • mengklasifikasikan autoriti
    • kordinasi antara autoriti dan tanggung jawab

c. Mengarah

  • mentadbir dan memastikan tugas diselesaikan pada masa yang ditetapkan dan mematuh polisi dan dasar.
  • memotivasi bawahan dan memandu arah bawahan bagi mencapai matlamat organisasi
  • memberi inspirasi keapda pekerja untuk melaksanakan yang terbaik di samping menyelaraskan matlamat pekerja supaya bersesuaian dengan matlamat orgranisasi.

d. Mengawal
  • prose membentuk dan melaksanakan mekanisme serta pemantauan ke atas prestasi organisasi bagi memastikan objektif organisasi tercapai.
  • beberapa jenis kawalan pengurusan:
    • delegasi
      • memberi tanggung jawab kepada pekerja untuk menyelesaikan sesuatu tugas
      • membenarkan pekerja membuat keputusan tentang tugasan yang perlu dilaksanakan.
    • penilaian
      • mengumpul dan menganalisis informasi secara teliti bagi tujuan membuat keputusan
      • cth:penilaian prestasi pekerja, penilaian keberkesanan program, penilaian kejayaan pasukan...
    • pernyataan kewangan
      • menunjukkan apa yang dibelanjakan, bagaimana dibelanjakan
      • antara pernyataan kewangan yang digunakan ialah helaian imbangan (balance sheet), pernyataan pendapatan dan pernyataan aliran keluar tunai
    • pentadbiran prestasi
      • memberi tumpuan kpd prestasi keseluruhan organisasi
      • meliputi proses organisasi,  program utama, prestasi pekerja
      • semak semula prestasi - berbincang dengan pekerja sejauh mana matlamat tercapai dan bagaimana boleh tercapai..
      • pekerja diberi ganjaran apabila mencapai piawai prestasi

Kemahiran dalam Pengurusan Sukan
 a. kemahiran teknikal
 b. kemahiran kemanusiaan
 c. kemahiran komunikasi
 d. kemahiran membuat keputusan
 e. kemahiran konseptual


Kemahiran teknikal
  • keupayaan dan pemahaman tentang satu aktiviti khusus, terutama melibatkan kaedah, proses, prosedur atau teknik
  • jurulatih atau pengurus perlu mempunyai pengetahuan tentang sukan berkenaan dan mempunyai pengetahuan tentang undang-undang dan peraturan sukan yang diceburinya.
    • Menyediakan belanjawan, 
    • Merancang jadual pertandingan
    • Merancang dan menyelia latihan
    • Mengurus pejabat
    • Menilai program dan aspek keselamatan


Kemahiran kemanusiaan

  • keupayaan bertindak sebagai ahli pasukan dan membangunkan usaha kerjasama dalam kalangan ahli pasukan yang dipimpinanya.
  • kemahiran ini merangkumi aspek-aspek perhubungan awam, memahami diri dan orang lain, keupayaan untuk bekerja dengan orang lain secara baik.


Kemahiran komunikasi 

  • keupayaan menyampaikan idea kepada orang lain secara jelas dan berkesan.
  • komunikasi yang berkesan melibatkan penghantaran dan penerimaan mesej serta mendengar untuk memahami apa yang disampaikan oleh atlet.

Kemahiran membuat keputusan
-terdapat 4 langkah membuat keputusan

   i. mengenalpasti masalah
  • mengimbas iatu memantau keadaan semasa untuk mengesan tanda-tanda akan timbul masalah
  • masalah yang perlu diberi perhatian
  • maklumat dikumpul untuk memahami keadaan dan mengetahui punca masalah
  ii. mencari alternatif penyelesaiaan
  • mencungkil idea-idea dari orang lain/pemain sebelum membuat keputusan
  • menilai sama ada cadangan penyelesaian, pernah digunakan dan adakah ia berkesan atau tidak
  • jika tidak berkesan, cara penyelesaian yang lain perlu dicari

iii. menilai dan memilih alternatif
  • keupayaan menimbang tentang kebaikan dan keburukan cadangan penyelesaian berkenaan dengan mengambilkira soalan-soalan berikut:
    • adakah ia realistik?
    • adakah ia boleh diuruskan?
    • apakah akibat penyelesaian (kebaikan dan keburukan?)
    • apakah kemungkinan ia membantu mencapai tujuam yang diharapkan?
iv. melaksana dan memantau pilihan penyelesaian
  • mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil dan seterusnya melaksanakan langkah-langkah tersebut.
  • pemantauan penyelesaian perlu diadakan secara berterusan supaya kesan langkah pelaksanaan boleh dikesan.

Kemahiran Konseptual
  • Kemahiran seseorang untuk melihat suatu usaha secara menyeluruh. 
  • Seseorang juga harus memahami hubungan antara fungsi-fungsi yang berlainan dan bagaimana satu fungsi mempengaruhi fungsi yang lain.
  • Berkeupayaan berfikir secara abstrak, memupuk idea dan memahami organisasi secara keseluruhan.


Perancangan

Berkemampuan memandang ke hadapan, mempunyai pemikiran logik dan berkeupayaan dengan baik.

Pengendalian

Pembahagian bidang kuasa, tugas dan penyediaan struktur.

Kakitangan
Pengambilan pekerja mengikut keperluan

Pengarahan
Bimbingan yang disediakan dan proses membuat keputusan

Koordinasi
Jalinan perhubungan antara kakitangan dalam penyelesaian masalah.






Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment