Tuesday 22 October 2013

Soalan Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pendidikan Jasmani
1. Apakah perbezaan ujian, pengukuran dan penilaian?
2. Nyatakan dua bentuk  penilaian dalam Pendidikan Jasmani yang biasa digunakan di peringkat sekolah.

Jawapan:
1.
UJIAN 

PENGUKURAN 

PENILAIAN 

Suatu instrumen digunakan untuk mendapatkan maklumat.
Contohnya soalan bercetak, bateri prestasi tahap fizikal,
pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod
anekdotal.

Satu proses mengumpul data maklumat tentang tahap
ciri-ciri tertentu. Juga sebagai membina, mentadbir
dan memberi nilai kepada ujian
Suatu proses mengumpul, menganalisis dan
mentafsir data. Ianya merangkumi ujian dan
pengukuran.


2. Penilaian dalam Pendidikan Jasmani yang biasa digunakan di peringkat sekolah dibahagikan kepada 2 bentuk :


Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran

ciri-ciri:
-memperbaiki pembelajaran murid
-pelaporan verbal/bertulis boleh diberi bila-bila masa

-dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang  sewajarnya.

-merujuk standard prestasi
dijalankan di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

ciri-ciri:
-di hujung tahun/semester/sesuatu unit pembelajaran

-untuk mendapat  maklumat  perkembangan murid memberikan  nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

-merujuk standard prestasi
Contoh Penilaian Formatif:

kemahiran menggelecek bola keranjang, ujian menggelecek dijalankan sebelum guru PJ beralih kepada kemahiran lain spt kemahiran menghantar. Jika gagal, latih tubi dijalankan dan ubahsuai latihan supaya pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut

Contoh Penilaian Sumatif:

ujian UKJK seperti  2.4km, jangkau melunjur dan sbg  dijalankan pada akhir semester untuk mendapat penggredan pelajar tentang ujian kecergasan fizikal


No comments:

Post a Comment