Friday 10 January 2014

Rangka KKP PJM 3106 sebagai persediaan...belum lagi moderasi

INSTITUT  PENDIDIKAN  GURU  KAMPUS  TUANKU BAINUN

TUGASAN  PROJEK

TAJUK  PROGRAM : PISMP


NAMA  PELAJAR :



KOD  DAN  NAMA  KURSUS : PJM  3106     
                        ANATOMI  DAN  FISIOLOGI

SEMESTER           : 1/2014



TARIKH  MULA
15 JANUARI 2014
TARIKH  HANTAR
21 FEB 2014



Hasil  Pembelajaran  Kursus :

Memperoleh  pengetahuan  dalam  Anatomi  Dan  Fisiologi.
1.  Menjelaskan  jenis-jenis  penaksiran  dan  prosedur  yang  berkaitan  dengan  anatomi dan  fisiologi.
2.  Mengenalpasti dan  mensintesis  maklumat  daripada  pelbagai  sumber  untuk memperolehi  pemahaman  yang  koheren  tentang             teori  dan  amalan.
3.  Melaksanakan  amali  anatomi  dan  fisiologi  dengan  berkesan.
4.  Mengintegrasikan  kemahiran  yang  dipelajari  dengan  kemahiran  teknologi  maklumat  
     dan  cara  berkomunikasi  berkesan  untuk  melaksanakan  latihan  yang  sistematik,  berkesan  dan  bermakna.
5.  Melaksanakan  tanggungjawab  terhadap  pelajar  dalam  aspek  keselamatan,  bimbingan dan  kebajikan  tanpa  mengira  agama         dan  bangsa.


Kerja  kursus  ini  bagi  menilai  hasil  pembelajaran 1 ,2, 4 dan 5.


Objektif  projek :

Pelajar  dapat  melaksanakan  tugas-tugas  berikut:
1.  Menguasai pengetahuan  dalam  konsep  pengenalan  anatomi  dan  fisiologi.
2.  Menjawab  soalan-soalan  kuiz  berdasarkan  topik  yang ditetapkan.
3.  Mengumpul  bahan-bahan   mengikut  topik  dan  menghasilkan  kajian  ilmiah   
      berkaitan  dengan  anatomi  dan  fisiologi  manusia  melalui  pencarian  internet.
4.  Membuat  laporan  amali  mengikut  topik  yang  ditentukan.
5.  Membuat pembacaan dan menanda isu-isu utama dalam artikel yang dipilih
6.  Membuat ulasan bagi artikel tersebut dalam 1000 perkataan
7.  Membuat penulisan mengenai satu  acara permainan atau fasa olahraga dan   mencari
      bahan –bahan pengenalan tajuk.
8.  Membuat penulisan ringkas berkenaan pengenalan dan objektif tugasan.
9.  Membuat lukisan atau gambarajah serta melabel dengan lengkap bahagian sendi, otot
     dan tulang yang terlibat serta mengaplikasikan dalam satu kemahiran permainan yang
     dipilih.

HURAIAN  CADANGAN  PENILAIAN  KERJA  KURSUS  PENDEK  (KKP)

Anatomi dan Fisiologi manusia berkait rapat dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta mental kanak-kanak di peringkat sekolah rendah. Guru-guru sekolah rendah seharusnya memastikan kanak-kanak menjadi insan yang sejahtera dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk mencapai hastrat ini, guru-guru perlu mempunyai pengetahuan tentang sistem tubuh badan dan fungsi-fungsinya.

                Selain itu, masih ramai guru yang kurang mempunyai kemahiran dan keyakinan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan berkaitan sistem-sistem berkenaan. Strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan kurang menarik minat murid dan kurang berkesan. Untuk mencapai hasrat murni warga pendidik iaitu dengan membantu dan membimbing kanak-kanak agar mereka lebih sihat, cergas dan cerdas, anda dikehendaki melaksanakan tugasan projek ini.    


1.            KUIZ  1 -  Cadangan  dilaksanakan  pada  Minggu  ke  12 (17 – 21 Mac 2014) (20%)
                Berdasarkan  tajuk  berikut:
1.1.         Pengenalan  kepada  anatomi  dan  fisiologi
1.2.         Peringkat  kimia,  selular  dan  tisu  organisma
1.3.         Sistem  Rangka
1.4.         Sistem  Otot
1.5..       Sistem Saraf

2.            Folio Laporan  Amali (INDIVIDU) (20%)
2.1.         Pelajar  perlu  menjawab  latihan-latihan  berkaitan  dengan  anatomi  dan  fisiologi   manusia.
2.2.         Latihan yang dijawab  pada  setiap  minggu  perlu  difailkan  di  dalam  folio anatomi  dan  fisiologi. 
               
3.            Artikel Reviu (INDIVIDU) (30%)
3.1.   Pilih satu artikel yang berkaitan dengan sistem  tubuh  badan. Seterusnya membuat pembacaan danpenandaan isi-isi utama.
3.2.    Berdasarkan penandaan, anda dikehendaki membuat ulasan artikel sebanyak 1000 patah perkataan.

4.            TUGASAN AMALI  (BERPASANGAN) (30%)
4.1.        Pasangan dikehendaki membuat penulisan mengenai satu  acara permainan atau fasa olahraga.
4.2.         Pastikan  setiap  pasangan  tidak  memilih  tajuk  yang  sama.
4.3          Membuat penulisan ringkas berkenaan pengenalan dan objektif
4.4          Membuat lukisan atau gambarajah serta melabel dengan lengkap bahagian sendi, otot dan tulang yang terlibat.
4.5          Membuat penulisan dari segi: Fungsi –fungsi otot utama , bahagian sendi dan tulang utama anggota serta terangkan ekanisme pergerakan yang terlibat.
               4.6          Hubungkaitkan dengan sekurangan-kurangnya satu prinsip sains dengan    
                                kemahiran yang dipilih.


  
5.            Panduan Pelaksanaan Projek
5.2.1.     Tugasan ini  ialah  tugasan  individu dan berpasangan
5.2.2.     Anda  boleh  bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
               5.2.3.     Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
        5.2.3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini.
5.2.3.2. Fon Arial
        5.2.3.3. Saiz huruf – 12
        5.2.3.4. Langkau 1.5  baris
        5.2.3.5. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
        5.2.3.6. Lampiran adalah wajib
        5.2.3.7. Jawab dalam Bahasa Melayu
5.2.4.     Setiap pelajar harus memilih artikel yang berlainan. Artikel itu haruslah mengandungi     tajuk berikut:
                 5.2.4.1. Struktur dan fungsi sistem berkaitan
                 5.2.4.2. Kesan  fisiologi kepada sistem akibat masalah penyakit
                 5.2.4.3. Kesan fisiologi akibat aktiviti fizikal yang berterusan
                 5.2.4.5. Kesan fisiologi akibat pengambilan pemakanan.
5.2.5.     Panjang tugasan adalah 1000  patah perkataan

6.            Tugasan  yang  baik  harus  menunjukkan  kriteria  yang  berikut:
6.1.         Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
6.2.         Berdasarkan  topik  yang  berkaitan
6.3.         Kerjasama  antara  ahli  kumpulan
6.4.         Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.                
6.5          Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan  ilmiah
6.6          Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheran.
6.7          Penulisan esei/laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai  dan tiada kesalahan ejaan dan                  kematangan hujah.

Tarikh  serahan  hasil  BSPP:  minggu  8 (17 – 21 Feb 2014)  




No comments:

Post a Comment