Friday 8 February 2013


PJ 2311 P5         KKP

I.                    Hasil Pembelajaran Kursus
1.     Menjelaskan kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kurikulum KBSR dan kaitannya dengan perkembangan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial ( JERIS );

2.    Mengklasifikasikan acara padang dan balapan serta menjelaskan dan menghurai prosedur perlakuan serta peraturan dan undang-undang acara tersebut; dan

3.    Mengusai Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi yang bersesuaian serta berkemahiran membina satu pakej Pembelajaran Pendidikan Jasmani berasaskan kemahiran yang diperolehi.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3.

II.                  Objektif Projek
A.      Kurikulum PJ di Sekolah Rendah
1.     Menjelaskan aktiviti pendidikan jasmani dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dan memenuhi FPK.

2.     Menjelaskan kepentingan pergerakan asas di kalangan murid sekolah rendah yang berumur antara 6 – 12 tahun.

3.     Menjelaskan konsep kesepaduan dalam aktiviti pendidikan jasmani.

4.     Menjelaskan keperluan perkembangan menyeluruh ( JERIS ).

5.     Menghuraikan tentang tunjang-tunjang utama dalam sukatan pendidikan jasmani KBSR.
6.     Menjelaskan bentuk dan memahami prosedur penilaian
7.     Menganalisis dan mengintreprestasi data.
B.      TMK Dalam Pendidikan Jasmani
1.     Membincangkan dan menghuraikan kepentingan pembinaan pakej pengajaran dan pembelajaran berasaskan TMK.
2.     Kemahiran menggunakan internet, mencari, mengumpul dan meganalisis.
3.     Menguasai kemahiran pengunaan e-mail, laman web dan enjin pencari.
4.     Berkemahiran membina satu pakej pembelajaran PJ berasaskan TMK.

C.           TUGASAN PROJEK
            Kurikulum PJ di Sekolah Rendah
            Tugasan Soalan ( 30 % )
            Jawab semua soalan.
1.                    Setelah meneliti sukatan PJ KBSR dan KSSR, berikan DUA perbezaan antara dua sukatan            
                   itu.
2.                 Semasa pembentukan kurikulum beberapa criteria harus diambil kira. Bincangkan criteria dari  
                aspek berikut :
a.       Berpusatkan pelajaran
b.      Berpusatkan pelajar , dan
c.       Berpusatkan masalah

3.       Pendidikan Jasmani mempunyai kepentingan. Bincangkan LIMA kepentingan Pendidikan Jasmani dalam perkembangan kanak-kanak.

4.       Falsafah Pelajaran Malaysia bermatlamat untuk melahirkan insan seimbang. Bincangkan hubungkait Pendidikan Jasmani dengan Falsafah Negara.

5.       Pengabungjalinan dan kesepaduan ialah dua konsep penting dalam tafsiran sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR. Huraikan Dua konsep itu dengan memberikan dua contoh yang releven bagi kedua-dua konsep ini.



TMK dalam Pendidikan Jasmani ( 70 % )
1.       Menyediakan tugasan ‘power point’ bagi satu acara olahraga yang dipilih berdasarkan   
       maklumat berikut:
·                       Mengaitkan dengan tunjang pembelajaran
·                      Sejarah, peralatan dan padang
·                      Kemahiran asas, ansur maju dan butir-butir mengajar

2.       Membuat pembentangan ‘power point’ dalam kelas.
3.       Menjawab soalan-soalan kuiz.

D.       Panduan Pelaksanaan Projek
       1.     Tugasan ini adalah tugasan individu.
       2.     Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data.
               Format penulisan tugasan adalah berikut :
i.                     Font Arial
ii.                   Saiz huruf 12
iii.                  Langkau satu setengah baris ( 1.5 baris )
iv.                 Rujukan mengikut format A.P.A
v.                   Lampiran adalah wajib
       3.          Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku pelajar akan digagalkan kerja  
                kursus.
       4           Panjang tugasan tidak melebihi 12-15 muka surat ( tidak termasuk persembahan visual       
               dan lampiran )
       5.         Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu.


Tugasan yang baik menunjukkan kriteria-kriteria berikut :

       1.      Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
       2.      Bukti-bukti, bahan-bahan dan ‘citation’ yang dapat menyokong hujah-hujah anda
        hendaklah dikemukakan.
       3.      Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan
        ilmiah.
       4.      Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheran.
       5.      Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

F.            Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan  disemak berdasarkan rubrik  pentaksiran yang disediakan.                       

No comments:

Post a Comment