Thursday 17 January 2013

Aktiviti PJ dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan 

kanak-kanak dan memenuhi keperluan FPK:




  • Pendidikan Jasmani dapat merangsang pertumbuhan fizikal 
  • Murid lebih peka kepada kesihatan dan pertumbuhan fizikal diri sendiri
  • Lebih bijak dalam menguruskan pemakanan mereka.
  • Membangunkan kemahiran pergerakan asas – Murid dapat menguasai kemahiran pergerakan asas mengikut kemampuan diri mereka.
  • Membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan – Murid akan lebih cergas dan sihat. Mereka tidak mudah letih dan cedera bila melakukan sesuatu aktiviti. – murid akan lebih aktif berbanding dengan murid lain – Murid akan mempunyai lebihan tenaga
  • Murid peka terhadap kesihatan badan. –Murid lebih mengambil berat tentang kesihatan badan dan memberi keutamaan untuk meningkatkannya –Berat badan (BMI) murid stabil melalui penjagaan makanan yang seimbang dan senaman yang berterusan
  • Memberi peluang untuk mengenali dirinya dan mengembangkan bakat atau kemahiran –Murid dapat menunjukkan potensi dan bakat mereka melalui aktiviti sukan –cth: kemahiran permainan olahraga, gimnastik, kemahiran sukan
  • Murid mempunyai kekuatan Otot dan dayatahan otot yang tinggi- Kekuatan otot adalah keupayaan otot untukmengatasi rintangan bagi menghasilkan daya-Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan- Ini dapat dikuasai oleh murid melalui latihan dan aktiviti fizikal yang berterusan dalam PJ
  • Memaksimumkan fungsi fizikal murid. -semua anggota badan diberi keutamaan semasa melakukan aktiviti sukan dan semua anggota badan dilibatkan secara maksimum semasa melakukan aktiviti sukan - Ini akan meningkatkan fleksibiliti anggota badan dimana fleksibiliti membenarkan sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum.

No comments:

Post a Comment