Thursday 17 January 2013


PEMBENTUKAN   DAN   PELAKSANAAN    KURIKULUM

PENGENALAN

  • Sistem pendidikan yang baik berpandukan kurikulum yang dirancang dgn teliti serta berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta DasarPendidikan Kebangsaan (DPK)
  • Pembina kurikulum perlu mengambil kira keadaan dan kehendak sosial, ekonomi, politik, masyarakat, budaya dan bangsa
  • Kurikulum yang baik akan membentuk sistem masyarakat yang dapat mengaplikasikan ilmu yang diterima dengan baik, berhemat dan berkualiti.
  • Kurikulum perlulah adil, fleksibel, seimbang dan boleh diterima di peringkat kebangsaan.
  • Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah dan institut pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan.(laporan jawatankuasa cabinet mengkaji pelaksanaan dasar kerajaan 1980-an)


KONSEP DAN DEFINISI KURIKULUM

  • Kurikulum didefinisikan sebagai 1 pelan atau rancangan utk tindakan atau 1 dokumen bertulis yg mengandungi strategi utk mencapai matlamat yang   dihajati.(Ornstein dan Hankins 1993,98)
  • Kurikulum ialah unsure budaya atau ilmu pengetahuan utk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu.(MOHD DAUD 1995)
  • Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yg mengandungi rancangan P&P yg menpunyai objektif psikomotor, efektif dan kognitif bagi 1 subjek.
  • Kurikulum juga didefinisikan sbg 1 rancangan pendidikan yg mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran,nilai dan norma serta unsure kebudayaan dan kepercayaan yg menjadi pilihan masyarakat utk diwariskan drpd generasi ke generasi yg lain. 
  • Contohnya: KBSR (KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH)




Konsep kurikulum dapat dikategorikan kepada 5 :
  1. Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri drpd cadangan-cadangan berhubung dgn matlamat, objektif, ciri-ciri pelajar, pengalaman pembelajaran,isi kandungan pelajaran, kaedah, bahan dan cara penilaian.
  1. Kurikulum perlu memberi tumpuan kpd kaedah penyampaian yg lebih menarik. Ini membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi kandungan dgn berkesan.
  1. Kurikulum merupakan program pengajian yg merujuk kpd subjek yg diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan
  1. Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia bukan shj membolehkan pelajar menimba ilmu, ttp juga mencari dan mndpt pengalaman.
  1. Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui pembelajaran terancang, pelajar akan memperolehi nilai-nilai sampingan. CTHNYA: interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan masyarakat.



DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (DPK)
  • Mewujudkan peraturan pendidikan (kurikulum kebangsaan) 1997 dan berkuatkuasa pd 1 Januari 1998.
  • DPK mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan(KK) sebagai:


          “KK ialah satu program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan    
           kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,norma, 
           nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu 
           perkembangan seorang murid dgn sepenuhnya dr segi jasmani, rohani, 
           dan emosi serta menanam dan meningkatkan nilai moral yang diingini 
           untuk mencapai pengetahuan” (Akta Pendidikan 1996, 1997 [AP 1996,  
           1997])

.
LAPORAN KABINET 1979 (LK 1979)

Laporan ini bertujuan untuk memenuhi kperluan individu dan Negara

“peranan kurikulum dalam pendidikan adalah utk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, intelek, dan emosi serta menyemai, menanam, dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks Negara Malaysia kurikulum ini berperanan melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita Negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara disamping menghasilkan tenaga kerja yang terlatih untuk keperluan Negara.”

- Implikasi LK 1979 ialah:

  • KBSR digubal dgn menekankan perkembangan individu secara menyeluruh yg merangkumi pendidikan asas dan perkembangan bakat.
  • KBSM digubal dengan menekankan konsep pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu dgn mengambil kira aspek kemahiran berfikir dan belajar.








FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

  • Memainkan perana penting dalam merangka dan membina kurikulum
  • Menjadi garis panduan dan arah tuju utama dlm merancang dan membina kurikulum.
  • Falsafah juga menjadi matlamat dan objektif paling utama bagi pelaksanaan kurikulum.


Huraian FPK boleh dikategorikan kpd 15 iaitu:

· Pendidikan suatu usaha yang berterusan
· Memperkembangkan potensi individu
· Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu
· Insan yang seimbang dan harmoni
· Unsur intelek
· Unsur rohani
· Unsur emosi
· Unsur jasmani
· Kepercayaan dan kepatuhan kpd Tuhan
· Rakyat Malaysia yang berilmu
· Rakyat Malaysia yang berketerampilan
· Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
· Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
· Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
· Rakyat Malaysia yang pt memberi sumbangan terhadap keharmonian dan 
  kemakmuran masyarakat, keluarga dan Negara.





PEMBENTUKAN KURIKULUM PJ BERLANDASKAN FPK

Sistem Pendidikan di Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan negara.


Mata pelajaran Pendidikan Jasmani kini banyak mengalami perubahan sama ada dari segi konsep ataupun perkembangan intipati kandungannya. Walau bagaimanapun, penerimaan dan pengiktirafan terhadap mata pelajaran ini masih dipertikaikan. Bahkan, ia masih lagi dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tidak penting kerana mata pelajaran ini bukan satu mata pelajaran peperiksaan.

Kebanyakan pentadbir atau pengurus sekolah pada umumnya lebih mengutamakan pencapaian akademik. Ini untuk memastikan sekolah dibawah pentadbiran mereka tidak digolongkan dalam kategori sekolah berprestasi rendah, iaitu pencapaian kurang dari 60% kelulusan dalam mana-mana peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Keadaan ini telah menggalakkan berlakunya ketidakseimbangan dalam perlaksanaan program pendidikan, terutama bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum 1989).




Di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah telah menekan pentingnya pendidikan jasmani yang perlu dijalankan di setiap sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia 1998). 



PJK merupakan satu-satunya mata pelajaran yang dapat menghasilkan pendidikan yang menyeluruh meliputi domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi (Bucher 1979). Pendidikan dalam kelas PJK memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami proses pembelajaran melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal.

Colfer, Hamilton dan Magill (1986) berpendapat PJK merupakan proses pembelajaran yang berorientasikan tugasan dan dapat menghasilkan kejayaan kepada sesuatu kumpulan pelajar. Oleh itu, mata pelajaran ini memerlukan satu pendekatan pengajaran yang lebih mantap supaya mampu menghasilkan proses pendidikan yang menyeluruh dan berkesan. 


Objektif utama dalam PJK ialah berdasarkan tiga domain utama iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif (Harmon 1978; Hattie, Marsh, Neill & Richards 1997).



Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi memebentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran:



  • Kecergasan,
  • Kemahiran
  •  dan Kesukanan. 


Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.


Pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Pelajar diorientasikan dengan ilmu dan amalan pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.





No comments:

Post a Comment