HABIT OF MIND WORKSHOP
19 JULAI 2013
Tajuk 1: Mencipta, membayangkan dan menginovasi
Semasa mengajar sesi
amali PJM 3102 Pergerakan Asas pada semester yang lepas, semua gjuru pelatih
dikehendaki memikirkan dua puluh pergerakan dan melakukannya secara individu,
iaitu sepuluh pergerakan lokomotor dan sepuluh pergerakan bukan lokomotor. Saya dapati kebanyakan guru pelatih kurang
kreatif dan sentiasa melakukan rutin
pergerakan yang sama. Hasilnya, pergerakan mereka adalah lebih kurang sama dan
kurang menarik. Oleh itu, pelatih digalakkan mencipta,
membayangkan dan menginovasi supaya menjana idea baru dan luar biasa
untuk menghasilkan pergerakan yang pelbagai variasi dan lain daripada yang
lain. Mereka diingatkan supaya
berfikir di luar kotak “Out of the box”
untuk mendapatkan idea baru. Akhirnya, guru
pelatih mampu menghasilkan pelbagai variasi pergerakan dan sesi pengajaran
pembelajaran menjadi lebih aktif dan menyeronokan. Oleh itu,
pemikiran inovatif dan kreatif perlu ditanam
dalam minda guru pelatih serta selalu diamalkan supaya lebih bersedia
dalam menangani arus globalisasi abad ini.

Tajuk 2: Berani Mengambil Risiko
Dalam menjalankan
amali sukan dan rekreasi di Pulau Pangkor, salah satu aktiviti kemahiran tali yang dijalankan
ialah Abseiling. Aktiviti Abseiling merupakan satu aktiviti
menuruni satu kawasan tinggi ke kawasan yang rendah dengan menggunakan tali. Setiap
guru pelatih dikehendaki menuruni kawasan cerun bukit yang agak tinggi ke
kawasan yang rendah di tepi pantai Pasir Bogak. Aktiviti ini memang menakutkan
bagi seseorang yang berakrufobia. Pada mulanya guru pelatih berasa takut dan
tidak yakin untuk turun malahan ada yang menangis tidak mahu turun apabila
sampai ke kawasan yang tinggi, tetapi apabila galakan dan motivasi diberi oleh
fasilitator dan rakan-rakan, maka mereka pun berani
mengambil risiko dan berani mencuba serta mengharungi cabaran ini. Akhirnya
semua guru pelatih dapat menjalani aktiviti
abseiling dengan selamat dan berjaya bahkan ada yang ingin mencuba sekali lagi.
Jadi berani mengambil risiko harus diamalkan selalu
dan harus ditanam dalam kalangan guru pelatih untuk terus maju jaya.
.
No comments:
Post a Comment