Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani
Brownnell dan Hagmen (1951)
PJ sebagai ke semua pengalaman melibatkan pergerakan otot-otot besar yang menggalakkan kepada perkembangan dan tumbesaran yang optima.
Nixon dan Cozens (1952)
PJ sebagai suatu fasa dalam proses pendidikan keseluruhan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti cergas melibatkan system otot-rangka dan pembelajaran hasil daripada penyertaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut.
Wayman (1958)
PJ adalah suatu fasa daripada pendidikan am yang berhubung dengan pembentukan dan latihan individu yang menyeluruh melalui aktiviti-aktiviti fizikal.
Jenny (1961)
Pendidikan jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal
Terlibat dengan hasil-hasil pendidikan yang juga tidak bercorak fizikal.
Barrow (1971)
Pendidikan jasmani dalam konteks Pengalaman Pendidikan Seluruhan (The Total Educational Experience).
Menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan seluruhan dan berkait rapat dengan hal seumur hidup setiap individu.
Baley dan Field (1976)
Satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organic, neuromuscular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih.
Jewett and Nixon ( 1980).
Physical education is most appropriately defined as that phase of the total process of education that is concerned with the development and utilization of the individual’s voluntary, purposeful, movement capabilities, and with directly related mental, emotional and social responses.
Kesimpulannya, pendidikan jasmani merupakan sebahagian dari fasa pendidikan am yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan individu pelajar secara menyeluruh dalam aspek fizikal, mental, emosi dan sosial melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pergerakan dan perlakuan jasmani secara terancang. Secara ringkasnya, pendidikan jasmani ialah pendidikan dari dan melalui aktiviti-aktiviti fizikal.
Matlamat (goals) Pendidikan Jasmani
Matlamat perkembangan jasmani (physical development objective)
- Mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial (Jenny,1961).
Matlamat perkembangan psikomotor (psychomotor development objective)
- Kecekapan motor membantu usaha bagi menguasai kemahiran dan kawalan motor yang baik.
Matlamat perkembangan sosial dan hubungan manusia (social and human relation objective)
- Kewarganegaraan yang berkesan dan kecekapan kemasyarakatan.
Matlamat perkembangan mental dan emosi (Mental and psycho-emosional objective)
- Membantu membina kecerdasan melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecerdasan.
Tujuan (aims) Pendidikan Jasmani
“The aim of organized physical education programs is to created an environment that stimulates selected movement experiences, resulting in desirable responses that contribute to the optimal development of the individual’s potentialities in all phases of life.”
Untuk melatih minda
Untuk membentuk intelek seseorang
“untuk menguasai pengetahuan prescribed bodies of knowledge”
Untuk mempelajari konsep asas sesuatu disiplin
Untuk membentuk sikap yang positif Untuk membentuk potensi seseorang supaya dapat menyertai dalam ahli persatuan
yang dinamik
Untuk membentuk kuasa yang rasional
Untuk membentuk kebolehan berfikir
“to develop the capacity to make wise decisions in order to become an effective citizen in the democratic processes upon
which the free country depends”
Untuk mempelajari cara hidup sihat berpanjangan
Objektif Pendidikan Jasmani
Dari segi Jasmani :
Memberi perhatian kepada usaha membentuk satu sistem organ yang sihat melalui kegiatan-kegiatan jasmani yang cergas
khususnya untuk membina kekuatan otot saraf, daya tahan otot saraf dan daya tahan kardiovaskular. Penglibatan dan
penyertaan seseorang dalam kegiatan jasmani akan meningkatkan tahap kecergasan jasmani yang mana mempunyai implikasi
terhadap peningkatan taraf kesihatan seseorang.
Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
Dari segi Psikomotor :
Membentuk suatu sistem saraf yang cekap. Kecekapan motor perlu untuk membantu usaha bagi menguasai kemahiran
motor asas, koordinasi dan kawalan motor yang baik.Perkembangan aspek ini penting untuk melakukan tugas-tugas harian
dengan lebih cekap lagi.
Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri
Dari segi Hubungan Sosial dan Perkembangan Emosi
Melalui PJ kita dapat membentuk sikap, sahsiah dan tingkahlaku sosial yang diingini. Individu dapat menyesuaikan diri dan
berinteraksi dalam masyarakat
Memupuk dan menyemaikan sifat-sifat social seperti bekerjasama, semangat kesukanan, berdikari, kepimpinan dan disiplin
diri.
Membina daya tahan kendiri dari segi membina toleransi, sabar, timbang rasa di samping melatih mengawal emosi diri.
Sebagai saluran untuk meluahkan perasaan, mengurangkan tekanan dan ketegangan yang dialami dalam kalangan
masyarakat.
Dari segi Perkembangan Mental
Melalui PJ kita dapat mentafsir dan menganalisis sesuatu situasi dan membuat keputusan dan tindakan yang wajar.
Pengetahuan mengenai tubuh badan, pergerakan dan fungsi-fungsi yang berkaitan berasaskan prinsip sains dapat
diaplikasikan ke dalam konteks pelajaran PJ.
Mengaplikasi pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.
Konsep Kurikulum Pendidikan Jasmani
Kurikulum boleh diertikan sebagai rancangan suatu aktiviti pengajaran, kandungan struktur suatu bidang yang menjurus
satu-satu bidang. Dengan kata lain, kurikulum adalah rancangan yang terususun, terancang dan besifat berterusan.
Perancangan sesuatu kurikulum itu adalah diasaskan dari falsafah pendidikan, matlamat dan objektif bagi satu-satu bidang
pendidikan.
Konsep Pendidikan Jasmani boleh diibaratkan sebagai pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal. Ini bersesuaian dengan
kenyataan Rosalind Cassidy dalam tahun 1927 yang merupakan pelopor dalam bidang Pendidikan Jasmani di Mill College,
Califonia. Beliau melihat Pendidikan Jasmani sebagai satu pendekatan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pendidikan
kepada murid. Beliau juga turut mengubah persepsi mengenai Pendidikan Jasmani yang sebenarnya amat luas dan berupaya
memberi sumbangan yang bermakna dan menyeluruh kepada manusia.Model yang boleh dikaitkan dalam pendekatan
pendidikan melalui aktiviti fizikal adalah model pembangunan (development model). Model ini merupakan model yang t
terancang dan berterusan ianya banyak mendominasikan sistem sekolah dan pembelajaran di abad ke 20.
Dalam tahun 1910, Clark Herington yang juga dikenali sebagai bapa Pendidikan Jasmani moden, mengklasifikasikan
Pendidikan Jasmani kepada empat fasa utama iaitu:
Pendidikan Organik (Organic Education)
Pendekatan kepada pembangunan fizikal yang bertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang mampu meningkatkan keupayaan fizikal dalam diri individu melalui peningkatan pelbagai sistem organik dalam badan manusia.
Pendidikan Psikomotor (Psycomotor Education)
Pendekatan pembangunan motor yang bertumpu kepada kepentingan pergerakanfizikal yang lebih bermakna dengan penggunaan tenaga yang seminimum mungkin serta ianya dilaksanakan dengan efisyen, serta mengekalkan nilai estetika pergerakan.
Pendidikan Karektor (Character Education)
Pembangunan Mental atau kognitif bertumpu kepada pengumpulan maklumat danpengetahuan dengan keupayaan berfikir dan mentafsir maklumat.
Pendidikan Intelektual (Intelectual Education)
Pembangunan sosial bertumpu kepada membantu individu menyesuaikan diri dalam kumpulan, masyarakat dan persekitaran dan bertindak memainkan peranannya sebagai seorang ahli dalam satu masyarakat .
Matlamat
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Rendah dan Menengah 1999 ( pengaruhdaripada Herington) dalam matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani di Negara kita.
Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
Objektif
Berikut adalah matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia:
Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor
Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri
Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal
Membentuk sahsiah dan disiplin diri
Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment